Thursday, 31 January 2013

-pendapat 9 Imam kepada Imam Malik-

1. Ibnu Wahbin
~  " sekiranya Allah tidak menyelamatkan saya menerusi Imam Malik pasti berada dalam kesesatan. Saya dapati banyak hadis yang dikatakan daripada Rasulullah SAW sehingga saya binggung dan ragu-ragu. kemudian saya bertanya kepada Imam Malik dan al- Laits. kedua- duanya berkata, ambil yang ini dan tinggalkan yang ini. "

2. Imam Syafie
~ " saya tidak pernah berasa takut berhadapan dengan sesiapa seperti saya berasa takut apabila berhadapan dengan Imam Malik"
~ " apabila disampaikan hadis kepada kami daripada Imam Malik, peganglah hadis itu kuat-kuat kerana ia menjadi alasan yang kuat bagi kamu".
~ " apabila disebut mengenai ulama hadis, Imam Malik adalah bintangnya. tiada seseorang pun yang saya percaya berkenaan hadis lebih daripada Imam Malik. Imam Malik dan Imam Ibnu Uyainah adalah dua ulama serangkai dalam ilmu hadis. Sekiranya tiada dua orang ini, musnahlah ilmu hadis.

3. Imam Sufyan bin Uyainah
~ " Imam Malik tidak suka menyampaikan hadis melainkan yang dipastikan daripada Nabi Muhammad SAW dan beliau tidak suka meriwayatkan hadis melainkan yang diterimanya daripada orang yang beliau percaya. tiada seorang pon yang lebih teliti menyelidik perawi hadis dan tiada yang lebih menyetahui kelakuan mereka selain Imam Malik.

4. Imam Yahya bin Muin (seorang ulamak hadis)
~ " Imam Malik adalah umpama raja bagi orang yang beriman didalam ilmu hadis. "

5. Imam Abdul Rahman bin Mahdi
~ " saya pelum pernah mengutamakan orang lain selain perkataan Imam Malik mengenai kesahihan hadis. tiada seorang pun dimuka bumi ini yang saya percaya berkenaan dengan hadis Rasulullah SAW selain Imam Malik . "

6.Imam Al- Nasa'ie
~ "sesudah para tabiin tiada seorang pun bagi saya yang lebih saya percayai daripada Imam Malik dan tiada seorang pun yang lebih tinggi dan lebih aman riwayatnya berkenaan hadis selain Imam Malik."

7.Imam Abdulluah bin Ahmad (anak Imam Ahmad bin hambal > Imam Hambali)
~ " saya pernah bertanya kepada ayah saya, siapakah orangnya daripada kalangan sahabat Al - Zuhri yang lebih kukuh kepercayaannya? ayah saya menjawap, Imam Malik lebih kukuh mengenai segalanya."

8. Imam Hammad bin Salamah

~" sekiranya ada seseorang meminta saya memilih siapa umat Muhammad yang patut dijadikan sumber mengenai ilmu pengetahuan pasti saya berkata , orang itu tidak lain tidak bukan Imam Malik. bahkan lebih layak menjadi pemimpin umat ini."

9. Imam Abdullah bin Mubarak
~ " saya belum pernah menemui seseorang pun yang dapat menyampaikan ilmu daripada Rasulullah SAW begitu baik hingga meresap kedalam diriku selain Imam Malik. saya tidak pernah melihat seseorang yang sangat hormat pada hadis- hadis Rasulullah SAW selain Imam Malik. bahkan saya belum melihat seorang pun yang lebih cermat dalam urusan agama selain Imam Malik. oleh itu sekiranya ada permintaan bagi seseorang pemimpin untuk umat ini, pasti saya memilih Imam Malik."

No comments:

Post a Comment