Berikut adalah petikan 19 hadith tentang wanita dari kitab Tanbihul Ghafilin.
1
- Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya
yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w.
akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., “Ibu lebih penyayang daripada
bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
2
- Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya
setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000
kejahatan.
3 - Apabila seseorang
perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan
baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.
4 - Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5 - Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6
- Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,
maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan
ikhlas untuk membela agama
Allah s.w.t.
7
- Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama
orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang
yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8
- Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu
diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah).
Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka
barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan
anak Nabi Ismail.
9 - Tiap
perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t.
memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000
tahun).
10 - Perempuan apabila
sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya
serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja
yang dikehendaki.
11 - Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12 - Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya
terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah s.a.w, “Ibunya”.
13 - Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14 - Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di
langit,
matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat
kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15
- Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu
neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu
yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16 - Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17 - Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18
- Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan
atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap
ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh
rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19
- Daripada Aisyah r.a. “Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada
anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka
akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”
No comments:
Post a Comment