Monday 26 December 2011

couple n masa depan... ^____^

ble sebut pasal psng masing2 (bg sape2 yg rs betol2 syg)
msty kita akn pke pasal kawen=nikah utk hidp selama2 ny dgn dy...

tapi korg rasa pasngan korg tu sngt3 sesuai ke utk jdi psngn korg selama2 ny???
mmg laa bg korg dy laa yg terbek sbb tngh dalam cinta,angau...
tapi penh korg pke x ap yg korg buat nie mmg kire dah abs terbaik??
klu korg kate semue nie xbape nk bek,bek cari org len sbb dlm hubgn perlu ad keyakinn dalam berpasang2 niee..xkan nk wat psgn hidp, just men sapu jee kan3??hehehe...
klu korg kate dah cukup bek, betol kee bek???
cukup kee ap yg ad utk hdp besama??

bg ak sendry...dalam mencari couple, AGAMA tu yg paling pentg...
sbb agama pelengkap hidup...ad agama ada laa iman..
ad agama seseorg tu bleh jd betnggjwp, berkepimpinn, ad kash syg, jd bek, dll...
cube korg bayg kan...
klu pasangn korg tu pon xcukup solat,puase pon on,off(klu off teros tu lgi laa xtau nk kate ap)...
rukun iman,rukun islam pon xtau..cm nee nk jge korg??
bimbing korg??
blom cite klu dah ad anak2 t, tah ap laa yg nk aja kat bdk tuu...
cian bdk tuu hdp tanpa nur islam....hehehe

selain agama, ILMU yg kedua...
sbb bg seorg yg berpasangn perlu ad sifat membimbing n dipimpin...
xkan laa nk cakap xikut fakta jee,pakai cakap jee....nk wat something pon pakai buat jee....
bak kate org, ikot ank tekak sendry jee..nk ke korg denga nsiht dry org cm niee???
mmg xpatt laa org cm tu bleh bg nsihat, sbb comfm2 nsh dy xmasuk akal klu dy cakap xpakai otk,akal fikiran..
ilmu xsemsty ny ap yg kita belaja kat sklh tuu, tapi ilmu yg merngkumi dunia akhirat gak..
ad yg pandai kat sklh,result always dpt AAAAAAAAA+++.....
tapi ilmu akhirat xdipraktik an lgsg ,puase pon xcukup,solat pon xjalan...xbleh gak..
kire kne stabil laa ILMU n IMAN..

yg ketiga, MONEY...
bkn nk kate meterialistk..tapi mmg duit perlu...
mn ad org bhgi dgn duit 1sen dlm poket ble dah berpsngn..
skg niee,nk masuk toilet pon kne baya...nsb bek nk masuk surau/masjid xkne baya (sape nk jimat bleh laa g 'membuang' kat toilet surau/masjid..jimat...mn tau tebukk pintu haty kee nk solat kat surau/masjid tuu...)
klu dah berpsngn msty duit bnyk abs...
mklum laa....hadiah hari jadi,hadiah valentine, hadiah  anniversary couple(klu dah kawen hadiah anniversary kawen ag)...haa...baru cita pasal hadiah blom yg len2 ag, xkee kopak klu cm tuu...
nk jage haty sngt snggp laa p bli gak hadiah tuu...hehhee..
bkn laa mskd duit kat sini msty yg kaya raya,just yg bleh wat kite selesa..
hidp lengkap dlm keserdahanaan..
lg pon islam sendry mengalak kan berserdahana dlam kehidpan..

sooo pada sape yg dah syg sngt2 tuu...pke2 laa sikit mse dpn tuu...
bkn nk soh korg break, just nk bg peringtan n pendapat ak jee...
tepulg laa pada sape2 yg nk ambk pesann nie kee x...
ak just sampai kan jee ap yg ak rs...
sbb bg ak, allah laa segalany..klu dy bg petnjuk kat korg,dy bkk pintu haty utk jodh korg niee...
alhamdulillah... ^_____^
n thanx soooo much bce bnd alah nie k.....

Sunday 11 December 2011

19 hadith tentang wanita


Berikut adalah petikan 19 hadith tentang wanita dari kitab Tanbihul Ghafilin.

1 - Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2 - Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3 - Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4 - Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5 - Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6 - Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama
Allah s.w.t.

7 - Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8 - Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9 - Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10 - Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11 - Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12 - Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya
terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah s.a.w, “Ibunya”.

13 - Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14 - Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di
langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15 - Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16 - Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17 - Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18 - Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19 - Daripada Aisyah r.a. “Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”