malam itu aku masih dikedai kopi,
menghirup kopi hitam dan melahap roti bakar,
bersama teman dan sahabat,
sambil duduk aku mengerling pada skrin TV besar,
melihat sebuah berita terkini.
ooo..lupa aku bahawa,
ada insan di bumi Palestin,
tengah meratap-ratap pilu dan sedih,
seorang wanita mencari anak gadisnya yang hilang,
dalam timbunan puing-puing bangunan runtuh,
dan peluru bersimpang-siur berdesir ditelinganya,
dia terus menjerit dan meraung-raung,
atas kehilangan itu.
dan wanita itu berlari-lari tampa arah lagi,
mencari anak lelakinya yang masih kecil,
telah terlepas dari pautan tangannya,
dan dilihatnya di celah gelimpangan mayat-mayat itu.
ada sekujur mayat kanak-kanak,
yang masih memegang senapang mainan di tangannya,
itulah anaknya,
dan dia menangis serta menampar-nampar mukanya,
mencari suaminya dan di lantai dilihatnya titisan darah,
syahid!!!syahid!!!syahid!!!jeritnya.
aku hirup lagi kopi yang tinggal setengah...panas,
dan aku kunyah sekeping roti bakar,
temanku sibuk mengetip laptopnya,
dan TV terus menyiarkan lagi..
Setiausaha Negara Amerika berkata-kata,
sedang mencari fomula mahu keamanan,
Aaah..berkata atas kuasa veto,
hanya sebuah laporan,tiada pernah ada satu pakatan,
hanya mahu buat ulasan,
biar dunia tahu bahawa tugasnya tiada berakhir,
Obama akan menyambung..
dan katanya setiap keputusan harus dipatuhi,
dan lihat sajalah...peperangan itu...untuk siapa?
aku hirup lagi baki kopi,
nikmatnya..rasa..tiada apa nak dirisaukan,
TV itu terus menayangkan gambar..
seorang lelaki sedang mengusung jenazah sahabatnya,
yang berlumuran darah,kepalanya telah terkulai,
yang lain sedang menjerit-jerit,
mencemuh dan memohon pertolongan,
dan manusia di bumi Palestin sangat gawat,
dentuman bom seperti membelah bumi,
peluru seperti taufan membedil musuh dan lawan.
terdengar orang disebalah mejaku berbicara,
"biasalah bila dalam peperangan..gawat,cedera dan mati.dan inilah jadinya kalau rundingan tiada selesai."
sahabat yang lain tergelak dan tersenyum sinis.
aku masih lagi melihat berita akhir,
ramainya anak-anak Palestin yang telah menjadi mayat,
diatur berbaris..sebak meyelinap didadaku,
kenapa peperangan boleh mengorbankan kanak-kanak?
kenapa Zionis lakukan itu?untuk apa?
meraka mahu bumi Pelestin,
jangan ada bangsa Palestin,
bukan kekejaman,tapi pemusnahan dan penghapusan,
dan aku memandang sekeliling,
tiada siapa yang mahu ulas berita itu,
itu di Palestin,kita disini,
di kedai kopi..aman..
dan tiba-tiba cawan aku jatuh ke lantai,
pecah,berderai,serpihan kaca bertaburan,
ini hanya sebuah cawan kaca yang sangat murah harganya,
semurah nyawa anak Palestin,
dan aku tinggalkan kaca itu..
di manakah aku sekarang ini...
apakah aku mahu berkira-kira,
bercerita perjanjian autonominya,
PLO dengan sejarah Yaseer Arafat atau Hamas dan Fatah,
kini semua boleh berbicara,
tapi siapa yang sanggup menggalas senjata?
dan siapa yang sanggup mati?
siapa yang akan mara?
dan siapa yang akan kecundanag?
korban tidak mengenal lawan dan kawan,
kanak-kanak, wanita dan orang berdosa,
sebuah percaturan dalam peperangan,
dan aku terus juga melihat gelimpangan mayat-mayat.
saksi sebuah jihad...apakah di hati atau di mataku?
(karya Rusnah Abu Samad,seorang sukarelawan ketika berusrah dengan rakan-rakan NGO di sebuah restoran di ibu negara.)
No comments:
Post a Comment